Posts

Showing posts from July, 2023

MUHYIDIN BUANG MASA SAMAN PMX ISU HAPUS HUTANG PENEROKA FELDA

Image
Apa Muhyidin cuba buktikan? Apa kebaikan saman Muhyidin ini kepada nasib peneroka? Sewaktu beliau diberi peluang jadi PM dulu apa yang dia buat untuk bantu peneroka? Bila PMX Dato Seri Anwar Ibrahim tandatangan lupuskan hutang peneroka FELDA, alih-alih Muhyidin terbangun dari tidur untuk saman PMX isu pelupusan hutang FELDA. Jika Muhyidin dah hapuskan hutang peneroka FELDA dulu, tidak perlulah Dato Seri Anwar Ibrahim nak hapuskan lagi. Hakikatnya dulu Muhyidin sibuk menyakau Jana Wibawa untuk anak menantu. Mana sempat dia nak fikir pasal hutang peneroka FELDA. Saman yang dibuat oleh Muhyidin kepada PMX ini kerja buang masa. Tidak menyelesaikan apa pun masalah rakyat. Apa lagi memberikan gambaran seolah-olah Muhyidin tidak setuju pula dengan keputusan YAB PMX Dato Seri Anwar Ibrahim menghapuskan berbilion hutang peneroka FELDA. Tak cukup dengan Sanusi derhaka yang kerapkali membuat lawak bodoh. Muhyidin mencelah pula dengan saman kepada Kerajaan Perpaduan yang tidak ada manfaat satu sen...

SIAPA HAMZAH ZAINUDIN YANG SEBENAR?

Image
Hamzah Zainudin bukan politikus sebarangan. Pengaruhnya terhadap kumpulan kongsi gelap, taikun judi dan kartel minyak masak cukup besar. Pertalian Hamzah dengan ‘underworld’ ini sedikit demi sedikit mula kelihatan selepas dia dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri pada Ogos 2021. Kita semua masih ingat tentang kes ‘budak kita’. Audio perbualan telefon Hamzah dengan seorang individu yang tidak dikenali telah tular melibatkan perbincangan mengenai pelantikan seorang pegawai kanan PDRM. “ Because dia budak kita, budak Perak, family semua kat sana and it will be very good for us, ” kata Hamzah. Pada 30 April 2021, Hamzah sendiri tanpa segan silu mengakui suara dalam rakaman tersebut adalah miliknya. Mantan Ketua Polis Negara, Hamid Bador sendiri pernah membuat pendedahan terbuka mengenai campur tangan Hamzah dalam melantik individu bagi jawatan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman. Soalnya, kenapa Hamzah mahu melantik ‘budak kita’ dalam jawatan tinggi PDRM? Itu baharu satu contoh. Semasa Majli...

PAS TERENGGANU MULA JARAKKAN DIRI DARI KENYATAAN MELULU SANUSI

Image
PPBM tidak ada kekuatan langsung di Terengganu. Pertembungan sebenar di Terengganu adalah di antara PAS dan UMNO. Dengan ketokohan mantan MB Terengganu Mad Said, Kerajaan Perpaduan PH-BN boleh lakukan kejutan di Terengganu.  Terengganu belum tentu akan dimenangi mudah oleh PN sebagaimana yang dijangka. Terkini MB Terengganu Samsuri mula keluarkan kenyataan agar Sanusi menjaga percakapan dan adab. Sikap gopoh dan mulut celupar Sanusi sudah mula tidak disenangi dari kalangan pemimpin PAS dan PN sendiri. Dalam ramai-ramai pemimpin PN, Sanusi pula yang dilihat lebih popular. Popular bukan kerana bijak mentadbir, tetapi kerana mulut celupar. PN sudah tentu kalah teruk di Selangor gara-gara kebiadaban Sanusi. Maka, Samsuri MB Terengganu ambil inisiatif awal menasihatkan Sanusi agar jangan buat kecoh pula di Terengganu. Terkini Sanusi terpalit pula dengan kes perlombongan haram nadir bumi. Samsuri MB Terengganu risau juga dengan balak yang ditarah di Terengganu bakal jadi fokus kempen PH-...

SANUSI, MBI & REE

Image
  Beberapa hari lalu, Saifuddin Nasution membuat pendedahan berkenaan kompaun RM500 ribu yang dikenakan ke atas Sanusi Md Nor atas kesalahan perlombongan unsur nadir bumi (REE) yang dijalankan secara haram di Kedah. Sudah tentu, Sanusi menafikan perkara tersebut. Katanya, kompaun itu ditujukan kepada MBI Kedah bukan kepada dirinya. Ini satu alasan yang dangkal dan dungu. Kalau namanya MBI, Perbadanan Perbadanan Menteri Besar, Pengerusinya pula Sanusi, sudah tentu kompaun itu terpalit kepada kamu juga. Jangan nafikan. Beri penjelasan sebenar. Kemudian, terdedah pula surat permohonan dari Sanusi untuk mendapatkan Pas Lawatan Ikhtisas (PLIK) kepada warga China untuk kerja-kerja ‘penyelidikan’ bagi mengesan REE. Permohonan itu dibuat pada 3 Ogos 2020 kepada Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin. Alasan penyelidikan digunakan kerana perlombongan REE tidak dibenarkan kepada mana-mana Kerajaan Negeri selagi SOP perlombongan tidak diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan. Apa Sanusi masih ingi...

SAYA BUKAN WALAUN & MADANON, SIAPA YANG PATUT SAYA UNDI?

Image
Tulisan ini khusus buat mereka yang tidak turut serta dalam debat politik tanpa kesudahan di media sosial. Ramai di antara kita yang sudah muak dan mual dengan perbincangan politik.  Anda tergolong di dalam kategori ini? Baca dan ikuti tips berikut. Tips yang pertama dan maha mustahak ; undi.  Jangan bazirkan hak anda dengan protes seperti tidak turun mengundi atau lebih dangkal, membuang undi rosak. Suara anda layak didengari. Mengundi itu hak dan tanggungjawab sebagai seorang rakyat. Kedua, siasat daripada sumber yang sahih yang diyakini. Walaun kata DAP ingin merampas hak keistimewaan Melayu dan mengubah kedudukan Islam.  Ada juga yang menambah perisa dengan mengatakan azan tidak lagi kedengaran di Pulau Pinang. Siasat kebenaran perkara ini daripada sumber yang asli tanpa mana-mana kecenderungan politik. Dalam konteks ini, rujuk Perlembangan Persekutuan. Anda akan dapati bahawa kedudukan Melayu dan Islam dilindungi undang-undang tertinggi negara. Selagi kita berlantaik...

SANUSI GAGAL MAJUKAN KEDAH KERANA TIDAK FAHAM EKONOMI

Image
Sanusi adalah banyak perkara, tapi dia bukan seorang pentadbir, apatah lagi ahli ekonomi. Pelawak, penghibur, politikus, pemfitnah, itu semua lencana yang dilekat di dada Sanusi. Sanusi tidak tahu cara-cara untuk memajukan Kedah. Tiada pelan pembangunan, tiada perancangan jangka masa panjang. Projek teragung Sanusi, Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) itu sendiri bukan dimulakan oleh Sanusi. Mukhriz Mahathir yang membawa cadangan pembinaan KXP di bawah program Kedah 2035. Yang merancang, Mukhriz. Yang menggagalkan, Sanusi. Muhriz punya susu, Sanusi yang cuba mendapatkan nama. Namun kebodohan Sanusi yang menggagalkan KXP daripada menjadi realiti. Kerjasama awam-swasta (PPP) yang kononnya bakal menjayakan KXP sudahpun tidak wujud. Syed Mokhtar dan ECK Group kini tidak lagi berminat untuk melabur dalam projek KXP. Hal ini langsung tidak mengejutkan. Sebelum ini, mereka berminat kerana Mukhriz dan visinya, bukan Sanusi dan publisiti murahannya. Malah, Sanusi tidak pernah mengemukakan...

AZMIN ALI AKUI KEBODOHAN SANUSI MENTADBIR NEGERI KEDAH

Image
Sanusi Kedah sebenarnya tidak layak langsung untuk menjadi Menteri Besar. Tidak ada apa kelebihan kepada Sanusi dari segi pentadbiran yang boleh dibanggakan rakyat Kedah selain dari kelebihan dirinya untuk membuat lawak bodoh mentertawakan hadirin. Sanusi tidak pernah dipilih rakyat Kedah pun untuk menjadi Menteri Besar. Pada PRU-14, rakyat Kedah sebenarnya mahu Mukhriz Mahathir menjadi Menteri Besar Kedah dengan berbekalkan logo KEADILAN yang beliau tandingi. Tanpa logo PKR dan HARAPAN, Mukhriz pun tidak ke mana. Atok sendiri pun diterajang keluar oleh rakyat Langkawi. Tidak ada apa kejayaan Sanusi di Kedah. Modal Sanusi adalah jika Kuala Lumpur sebelah Kedah, maka Kedah akan maju. Ini teori ekonomi menurut kepala hotak Sanusi. Habis tu kau sebelah Pulau Pinang apasal tak maju? Pemahaman ekonomi begini oleh seorang pak lawak yang tiba-tiba jadi Menteri Besar yang bakal meranapkan negeri Kedah lagi 5 tahun. Sebenarnya kelebihan Sanusi adalah kepakarannya mencari kawasan hutan untuk mem...

SPRM PENGGERAK UTAMA AGENDA PMX MENYELAMATKAN MALAYSIA DARI RASUAH

Image
Perangi rasuah, kebobrokan, ketirisan dan yang seumpama dengannya merupakan mantra yang dilaungkan seorang insan bernama Anwar Ibrahim sejak sekian lama. Dari zaman DSAI kepada PMX, komitmen ini tidak pernah berubah. Nama Anwar dan ketelusan itu sudah terlalu sinonim. Kini di pundak kuasa, bara perjuangan sekian lama Anwar dimarakkan lagi SPRM. Di bawah pentadbiran Tan Sri Azam Baki, PMX memberikan lampu hijau kepada SPRM untuk memberikan lampu merah kepada rasuah. Tiada campur tangan. Tiada pendakwaan terpilih. Jangan biarkan paus bebas berenang dan menjerat bilis semata-mata. Itu janji PMX. Maka tidak hairanlah, kebelakangan ini semakin banyak kes salah guna kuasa dan rasuah berprofil tinggi didedahkan, disiasat dan didakwa. Satu demi satu skandal penyelewengan dibongkarkan SPRM. Muhyiddin Yassin, Wan Saiful dan Adam Radlan sudah didakwa. Menteri kabinet PMX sendiri, V Sivakumar disiasat SPRM berhubung dakwaan rasuah berkaitan kontrak kerajaan kepada individu tertentu. SPRM menggeled...