SANUSI GAGAL MAJUKAN KEDAH KERANA TIDAK FAHAM EKONOMI
Sanusi adalah banyak perkara, tapi dia bukan seorang pentadbir, apatah lagi ahli ekonomi.
Pelawak, penghibur, politikus, pemfitnah, itu semua lencana yang dilekat di dada Sanusi.
Sanusi tidak tahu cara-cara untuk memajukan Kedah. Tiada pelan pembangunan, tiada perancangan jangka masa panjang.
Projek teragung Sanusi, Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) itu sendiri bukan dimulakan oleh Sanusi.
Mukhriz Mahathir yang membawa cadangan pembinaan KXP di bawah program Kedah 2035.
Yang merancang, Mukhriz. Yang menggagalkan, Sanusi.
Muhriz punya susu, Sanusi yang cuba mendapatkan nama. Namun kebodohan Sanusi yang menggagalkan KXP daripada menjadi realiti.
Kerjasama awam-swasta (PPP) yang kononnya bakal menjayakan KXP sudahpun tidak wujud.
Syed Mokhtar dan ECK Group kini tidak lagi berminat untuk melabur dalam projek KXP. Hal ini langsung tidak mengejutkan. Sebelum ini, mereka berminat kerana Mukhriz dan visinya, bukan Sanusi dan publisiti murahannya.
Malah, Sanusi tidak pernah mengemukakan permohonan pembangunan projek KXP kepada Kementerian Kewangan, Kementerian Pengangkutan dan Unit Perancang Ekonomi.
Bukan PMX, bukan MOF, bukan MOT, bukan EPU yang menggagalkan KXP. Ini semua salah Sanusi.
Sepertimana pemimpin-pemimpin PAS yang lain, apabila sudah kebuntuan cara menambah kantung negeri, mereka memilih untuk memperkosa hutan simpan.
Sanusi meluluskan projek mengekstrak nadir bumi di Hutan Simpan Bukit Enggang. Kelemahan pemantauan Kerajaan Negeri menyebabkan semakin banyak pelombongan haram di kawasan terbabit.
Seolah sumpahan Mahsuri belum tamat, kawasan yang dahulunya hijau kini bertukar padang jarak padang terkukur.
Nasib yang sama turut berlaku di Hutan Simpan Ulu Muda, Hutan Simpan Gunung Jerai dan Hutan Simpan Gunung Inas.
Apabila Kedah gagal dimajukan dan rakyat mula berhijrah ke luar negeri untuk mencari rezeki, Sanusi hadir dengan satu lagi solusi.
Pulau Pinang itu Kedah yang punya! Well if you can’t beat them, join them.

Comments
Post a Comment