SANUSI, MBI & REE
Beberapa hari lalu, Saifuddin Nasution membuat pendedahan berkenaan kompaun RM500 ribu yang dikenakan ke atas Sanusi Md Nor atas kesalahan perlombongan unsur nadir bumi (REE) yang dijalankan secara haram di Kedah.
Sudah tentu, Sanusi menafikan perkara tersebut.
Katanya, kompaun itu ditujukan kepada MBI Kedah bukan kepada dirinya. Ini satu alasan yang dangkal dan dungu.
Kalau namanya MBI, Perbadanan Perbadanan Menteri Besar, Pengerusinya pula Sanusi, sudah tentu kompaun itu terpalit kepada kamu juga.
Jangan nafikan. Beri penjelasan sebenar.
Kemudian, terdedah pula surat permohonan dari Sanusi untuk mendapatkan Pas Lawatan Ikhtisas (PLIK) kepada warga China untuk kerja-kerja ‘penyelidikan’ bagi mengesan REE.
Permohonan itu dibuat pada 3 Ogos 2020 kepada Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin.
Alasan penyelidikan digunakan kerana perlombongan REE tidak dibenarkan kepada mana-mana Kerajaan Negeri selagi SOP perlombongan tidak diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan.
Apa Sanusi masih ingin mengekalkan lagak tidak tahu menahu tentang perlombongan REE?
Malah, seorang lelaki warga China yang memiliki permit PLIK dan bekerja di bawah MBI telah ditahan di Hutan Simpan Bukit Enggang.
PLIK itu dimohon oleh Sanusi kepada Hamzah. Individu yang ditahan itu pula bekerja di agensi yang dipengerusikan Sanusi.
Lebih teruk, hari ini Ketua Pengarah Eksekutif MBI dan seorang pengarah syarikat telah ditahan kerana kes rasuah dan salah guna kuasa berkaitan kegiatan perlombongan REE.
Pengarah syarikat tersebut didakwa membayar sebanyak RM13 juta untuk menjalankan perlombongan REE secara haram tanpa sekatan MBI.
Kalau sekalipun Sanusi tidak terlibat atau tidak tahu menahu tentang kegiatan perlombongan haram REE, dia tetap perlu bertanggungjawab.
Itu tugasan Sanusi. Aktiviti perlombongan dan rasuah ini berlaku sewaktu Sanusi menghuni kerusi empuk sebagai Pengerusi MBI.
Ini soal akauntibiliti. Masalah ini berlaku di hadapan mata Sanusi yang sama ada memilih untuk mengalihkan pandangan dengan sengaja atau terlelap sendiri semasa bertugas.
Ibarat seorang bapa tidak memantau anak bermandi-manda yang akhirnya lemas dibawa ombak. Barangkali bapa itu tidak melemaskan anaknya sendiri, namun dia tetap perlu bertanggungjawab. Itu namanya akauntibiliti.
Sanusi tidak boleh lagi menjawab tuduhan ini dengan jenaka murahan. Bentangkan fakta dan bersemuka dengan segala tuduhan.
Lagipun, anda bukan Menteri Besar cokiah.

Comments
Post a Comment