PAS TERENGGANU MULA JARAKKAN DIRI DARI KENYATAAN MELULU SANUSI
PPBM tidak ada kekuatan langsung di Terengganu.
Pertembungan sebenar di Terengganu adalah di antara PAS dan UMNO.
Dengan ketokohan mantan MB Terengganu Mad Said, Kerajaan Perpaduan PH-BN boleh lakukan kejutan di Terengganu.
Terengganu belum tentu akan dimenangi mudah oleh PN sebagaimana yang dijangka.
Terkini MB Terengganu Samsuri mula keluarkan kenyataan agar Sanusi menjaga percakapan dan adab. Sikap gopoh dan mulut celupar Sanusi sudah mula tidak disenangi dari kalangan pemimpin PAS dan PN sendiri.
Dalam ramai-ramai pemimpin PN, Sanusi pula yang dilihat lebih popular. Popular bukan kerana bijak mentadbir, tetapi kerana mulut celupar.
PN sudah tentu kalah teruk di Selangor gara-gara kebiadaban Sanusi.
Maka, Samsuri MB Terengganu ambil inisiatif awal menasihatkan Sanusi agar jangan buat kecoh pula di Terengganu.
Terkini Sanusi terpalit pula dengan kes perlombongan haram nadir bumi.
Samsuri MB Terengganu risau juga dengan balak yang ditarah di Terengganu bakal jadi fokus kempen PH-BN.
Sekian.

Comments
Post a Comment