SIAPA HAMZAH ZAINUDIN YANG SEBENAR?




Hamzah Zainudin bukan politikus sebarangan. Pengaruhnya terhadap kumpulan kongsi gelap, taikun judi dan kartel minyak masak cukup besar.


Pertalian Hamzah dengan ‘underworld’ ini sedikit demi sedikit mula kelihatan selepas dia dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri pada Ogos 2021.


Kita semua masih ingat tentang kes ‘budak kita’. Audio perbualan telefon Hamzah dengan seorang individu yang tidak dikenali telah tular melibatkan perbincangan mengenai pelantikan seorang pegawai kanan PDRM.


“Because dia budak kita, budak Perak, family semua kat sana and it will be very good for us,” kata Hamzah.


Pada 30 April 2021, Hamzah sendiri tanpa segan silu mengakui suara dalam rakaman tersebut adalah miliknya.


Mantan Ketua Polis Negara, Hamid Bador sendiri pernah membuat pendedahan terbuka mengenai campur tangan Hamzah dalam melantik individu bagi jawatan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman.


Soalnya, kenapa Hamzah mahu melantik ‘budak kita’ dalam jawatan tinggi PDRM?


Itu baharu satu contoh.


Semasa Majlis Makan Malam PN di Pusat Konvensyen Antarabangsa Austin, Johor Bahru pada 4 Mac 2022, Hamzah dilihat duduk semeja dengan taikun judi, Tan Choon Hwa dan Jacky Pang. Majlis ini dianjurkan untuk mengumpul dana bagi PRN Johor.


Kedua-dua individu tersebut mempunyai pertalian dengan ketua kumpulan mafia 14K Macau, Wan Kuok Kwai atau ‘Broken Tooth’ yang diburu Interpol serta Kerajaan AS dan Australia.


Tan Choon Hwa dan Jacky Pang merupakan ahli lembaga pengarah di beberapa syarikat bersama malah foto mereka dan Wan Kuok Kwai sudah tersebar luas di media sosial.


Sekali lagi soalan perlu diajukan. Mengapa PN memerlukan dana judi untuk pilihan raya? Apa pula hubungan Hamzah dengan kongsi gelap tersebut?


Itu bukan kali pertama dan kali terakhir Hamzah menghadiri majlis makan malam dengan kumpulan yang disyaki mempunyai pertalian dengan kongsi gelap.


Dalam satu majlis di ibu kota anjuran beberapa ‘NGO Melayu’, kehadiran Hamzah disambut meriah dan beberapa pemimpin NGO memanggil Hamzah dengan gelaran ‘ayah’ atau ‘ayahanda’.


April lalu pula, anak Hamzah Zainudin didakwa atas kesalahan mengemukakan dokumen palsu dan memiliki minyak masak melebihi had yang dibenarkan.


Kesalahan tersebut dilakukan bagi memanipulasi harga barangan kawalan di pasaran.


Bukan sebarangan pemegang permit yang boleh melakukan jenayah ini. Hanya mereka yang berada di atas rantaian makanan atau ‘top of the food chain’ yang bisa menjalankannya.


Selain daripada seorang politikus yang memulakan kerjaya sebagai kontraktor yang disenari hitam, tidak banyak yang kita tahu tentang Hamzah Zainudin.


Kita hanya dapat melihat sedikit pengaruh besar Hamzah dengan dunia kongsi gelap. Namun yang pasti, politik Malaysia perlu menjauhkan diri daripada individu seperti Hamzah.

Comments