SPRM PENGGERAK UTAMA AGENDA PMX MENYELAMATKAN MALAYSIA DARI RASUAH



Perangi rasuah, kebobrokan, ketirisan dan yang seumpama dengannya merupakan mantra yang dilaungkan seorang insan bernama Anwar Ibrahim sejak sekian lama.


Dari zaman DSAI kepada PMX, komitmen ini tidak pernah berubah. Nama Anwar dan ketelusan itu sudah terlalu sinonim.


Kini di pundak kuasa, bara perjuangan sekian lama Anwar dimarakkan lagi SPRM.


Di bawah pentadbiran Tan Sri Azam Baki, PMX memberikan lampu hijau kepada SPRM untuk memberikan lampu merah kepada rasuah.


Tiada campur tangan. Tiada pendakwaan terpilih.


Jangan biarkan paus bebas berenang dan menjerat bilis semata-mata. Itu janji PMX.


Maka tidak hairanlah, kebelakangan ini semakin banyak kes salah guna kuasa dan rasuah berprofil tinggi didedahkan, disiasat dan didakwa.


Satu demi satu skandal penyelewengan dibongkarkan SPRM. Muhyiddin Yassin, Wan Saiful dan Adam Radlan sudah didakwa.


Menteri kabinet PMX sendiri, V Sivakumar disiasat SPRM berhubung dakwaan rasuah berkaitan kontrak kerajaan kepada individu tertentu.


SPRM menggeledah pejabat dan rumah Menteri Sumber Manusia tersebut sebagai sebahagian daripada siasatan.


Tanpa mengira panji politik, tiada yang terlepas sekiranya mereka terlibat dalam rasuah.


Selain itu, PMX turut bertegas melawan ketirisan di dalam kelulusan projek-projek mega yang diberikan pimpinan Kerajaan sebelum ini.


6 projek tebatan banjir yang tidak melalui tata kelola kelulusan yang telus telah ditender semula.


SPRM dan Jabatan Peguam Negara telah diarahkan untuk melakukan siasatan ke atas projek tersebut.


Gandingan Anwar-Azam sewajarnya digeruni pelaku rasuah dan salah guna kuasa.


SPRM akan terus berada di barisan paling hadapan dalam menjayakan agenda PMX untuk memastikan Malaysia bebas kanser bernama rasuah.

Comments